Gemuk.




Gemuk.
Kau tau tak benda tu sensitif? Takde manusia pun kat dalam dunia ni nak diri dia gemuk, lemak sana sini, sparetyre kat perut, pinggang, peha. Takde. Kalau dia nak naikkan berat bdn dengan sengaja sekalipun, mesti ada sebab. Sebab awek cakap "abang ni kurus sangat. tak sado langsung. macam mana nak jaga syg nnt". Jangan tipu la....

Bila orang cakap kat dia "apahal kau gemuk sangat? badan dah macam mak budak" bla bla bla. Haih boleh remuk hati. Macamla takde ayat sopan yang boleh digunakan. Benda yang kau caci tu fizikal dia, fizikal dia Allah yang cipta. Sekarang kau nak mencaci ciptaan Allah la ya?

Bila macam-macam ayat dah ditabur, mula la dia nak rasa down, menyendiri duduk dalam bilik. Tengok cermin sambil tampar-tampar perut yang dah macam pregnant 4 bulan dan berkata "bikin malu! bikin malu!". Memanglah..Normallah tu, dia pun ada perasaan dan maruah.

"Bukan nak bagi dia down, tapi nak bagi dia sedar n berubah, at least try la diet atau jog". Cis, kalau macam tu nasihat jelah. Kan ada cara lain daripada mencaci tadi. Dengar pulak apa yang dia nak kata, mungkin dia ada alasan sendiri sbb tu takleh diet atau jogging. Mungkin dia food lover sangat-sangat, bila tengok makanan kena makan sbb takut makanan tu menangis atau bila dia jog, badan rasa takleh terima dan terus pitam. Kita tak tahu kan..

Bukan mudah nak kurus, mental dan fizikal kena kuat.Bukan takat diet dua tiga hari je pastu balas dendam makan sampai lebam.Bukan takat jog sekali dua, pastu tido berjam-jam tak hingat dunia. Bantu la dia..Bantu dia amalkan gaya hidup yang sihat..Kurang-kurang dapatlah pahala dari dosa mencaci. 
What goes around comes around lah. Hee
#Cakapje



6 comments:

Ija Rased said... [Reply to comment]

betul, perkataan gemuk tu sensitif, boleh bikin hati lara, nasihat pasal kesihatan demgan cara berhemah, pasti boleh terima kan.

Anizz Annisa said... [Reply to comment]

anis pernah dikutuk n mybe sampai sekarang kot masih ade yg cakap berbaur kutukan..hurmm..salah ke kite gemuk?? bukan kite nak.. dah usaha tapi still xcapai berat ideal.. sedih tetap sedih tapi ape boleh buat.. pujuk hati sendiri je la.. :(

Anasyg said... [Reply to comment]

ok. first of all, baru masuk blog ni, penulisan gila sempoi. Tang gemuk tu, nak bg anas punya pandangan la. *jgn bash tau. haha

anas ada jumpa seorang perempuan berbadan plus size, sangat paranoid dgn pandangan masyarakat tentang saiz badan dia, akan sentiasa down kalau ada orang tegur dia berbadan besar, tapi setiap kali meal time, dia akan melantak mcm tak makan setahun. resulting menambah lagi berat badan dia.

apa pandangan Kikirie? #hulurmikrofon

Semantic Sepia said... [Reply to comment]

Hai anas.thanks follow.
Sempoi ek? Kasar sebenarnya tu.haha

Umm nk control makan ni mmg 1 benda yg amat2 payah..lebih2 lg kalau dia tak dpt moral support.kalau semua org dok kondem dia, mana dia nk dpt semangat..ada dua jenis' sbnrnye, satu, dia tercabar n nk berubah..kedua, dia mengalah macam pompuan yg anas kenal tu. so org sekeliling dia la kena main peranan n dlm masa yg sama diri sendiri pun kena ada intention utk berubah..n yg plg pentinggg JANGAN KUTUK, TAPI NASIHAT

Semantic Sepia said... [Reply to comment]

True.sensitif la sikit kan.byk lg cara :)

Semantic Sepia said... [Reply to comment]

Takpe..biar apa org nk kata..yg penting dah usaha..be strong dear..

 

GOOGLE+

FOLLOWERS

Category

announcement (1) beach (2) beforeafter (1) birthday (2) blogger (3) bored (1) boyfie (3) cakapje (2) celebrity (1) chidish (1) childhood (1) clothing (1) company trip (5) curious (1) disgusting (1) drama (4) ego (1) eid (1) family (2) fashion (1) food (2) freebies (1) friends (2) GA (4) games (1) holiday (7) info (25) insurans (3) island (5) job vacancy (1) kawad (1) kelemumur (1) kereta (2) kerja (2) kfc (1) kids (1) korean (1) kpop (1) langkawi (3) lesson (1) love (6) makanfree (1) memories (7) mh370 (2) mood (3) mydreams (1) myself (11) news (1) officemate (3) OMG (6) PLKN (1) preview (12) promotion (1) rawang (1) recipe (1) segmen (1) sinopsis (2) sketch (1) smartphone (1) storysharing (1) sweet (2) takaful (3) tips (4) top10 (1) wanita (2) wedding (4) wordless (5) youtube (3)