Drama Cinta Pandang Ke 2

heheh, drama lagi. aku memang gile drama melayu. sekarang la, dulu tak. sebab hero dah tua.
diadaptasi dari novel. jom layan preview drama ni..............



Slot : Aurora TV9
Mula Tayangan : 5 Disember 2013
Waktu : Setiap Khamis : 8.30 pm
Lakonan : Dazrin Kamaruddin (Zairul Hasmat), Izara Aisyah (Ainnur Azleen), Maria Farida

Sinopsis

"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah,duduk saja dalam hutan!” Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen.

Walaupun mereka sekelas, tapi tak pernah sebulu, Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya. Di sekolah Zairul adalah “prince charming” sedangkan Ainnur si Ugly Betty.Ibarat langit dan bumi.  Disebabkan Ainnur mempunyai badan XXL,dia hanya mampu memuja zairul dalam diam. Zairul pula suka menyakat hingga menyebabkan Ainnur malu dan terasa hati lalu nekad untuk tukar sekolah.
Setelah bertahun masa berlalu, Ainnur bertemu semula dengan Zairul dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu,manakala Zairul hanya budak penghantar surat.
Zairul tidak tahu bossnya itu adalah awek  XXL yang diejek,dicaci dahulu -Ainnur Azreen. Pertama kali berjumpa,dia terus jatuh cinta. Sanggup berkorban jiwa raga. Ainnur pula mendapat idea,Inilah masanya untuk dia membalas dendam. 

Sumpahan cinta pertama menghantui Zairul walaupun dia dikelilingi wanita jelita. Untuk mengembalikan maruahnya, dia berjanji akan dapat berdikari dan menimba pengalaman mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri. Dia mengambil keputusan untuk menjadi mat despatch di syarikat ayahnya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa. Banyak cabaran yang perlu dihadapinya.

Di sana, Ainnur Azlee seorang gadis naif mencari cinta dan harga diri yang hilang. Kegagalan cinta pertama membuatkan dia serik untuk jatuh cinta. Begitu jua cinta kedua. Dia kecundang lagi. Ke Newcastle jauh dia membawa hati nan lara
Katanya “Melihat si dia berbahagia, hatinya sudah berlagu ria.”
Katanya lagi ” DIA dan CINTA tidak akan ada titik pertemuannya. DIA dan CINTA tidak akan ada jodoh bersama.” Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.

Bukan senang hidup sendiri di perantauan untuk melupakan kenangan pahit dicabul oleh insan yang sangat dipercayai. Siapa menyangka, lelaki yang menjawat jawatan pensyarah telah merobek kepercayaan. Hanya kerana satu kesilapan, dia hampir hilang segala-galanya. Puas dia merayu supaya diperisterikan lelaki durjana itu, tetapi nyata jodohnya dengan lelaki itu tidak ada.
Forgive and forget. Dia belajar untuk memaafkan diri sendiri untuk melupakan kisah silam yang menyakitkan. Lalu anak tunggal yang patuh kepada ibunya ini berjanji akan menjadi anak yang taat. Dia menjadi bos Zairul di pejabat.

Seorang ke Tokyo dan seorang ke Newcastle. Masing-masing ada cerita sendiri.Masing-masing ada hidup sendiri. Selepas berbelas-belas tahun rupanya mereka bertemu kembali di bawah satu bumbung yang sama. Di situlah segala yang disimpan tersingkap perlahan-lahan. Zairul Hasmat bertemu kembali dengan Ainnur Azleen. Masing-masing cuba menyembunyikan identiti diri di zaman silam.Kedua-dunya sedar, mereka pernah bermusuh dan bersengketa. Ainnur bahagia dengan permainan yang sedang diaturnya. Namun Zairul terpaksa mengalah, bimbang cinta pertama yang pernah berputik hanya akan memakan dirinya sendiri.

Di Phuket satu kejadian tidak disangka telah menguji cinta sejati. Ainnur telah diperangkap oleh bekas pensyarahnya yang mahu membalas dendam kepada ibu Ainnur. Ainnur dipenjarakan di Phuket. Tatkala dilanda musibah, hanya Zairul yang ada untuk membantu. Tanpa disangka, Ainnur mengaku yang Zairul adalah suaminya. Zairul tiada pilihan selain dari meneruskan drama yang dicipta Ainnur. Dia berusaha untuk membebaskan Ainnur dari penjara dengan mengahwini gadis itu pada majlis akad jarak jauh.Zairul berjaya membawa Ainnur pulang. Tetapi kepulangan mereka telah menyingkap segala. Rupanya mereka berdua memang telah lama saling menyintai. Hanya pada cinta pandang kedua segalanya menjadi nyata.Kerana peristiwa itu, Zairul telah menemukan harga dirinya kembali. Dia pulang sebagai anak yang akan mewarisi Venture Holding. Mat despatch itu berjaya menyelesaikan semua kemelut di sana.


4 comments:

Naniey Jemiey said... [Reply to comment]

drama skg banyak adaptasi dari novel..dah jadi tren dah.. tapi saya macam biasalah..akan tengok bila part last je.. akekeke

Puteri Afiqah said... [Reply to comment]

macam best je.. :)

KIKIRIE™ said... [Reply to comment]

@Naniey Jemiey ekekek.. pun bolehhh

KIKIRIE™ said... [Reply to comment]

@Puteri Afiqah best la jugak. bole la layan. hihi

 

GOOGLE+

FOLLOWERS

Category

announcement (1) beach (2) beforeafter (1) birthday (2) blogger (3) bored (1) boyfie (3) cakapje (2) celebrity (1) chidish (1) childhood (1) clothing (1) company trip (5) curious (1) disgusting (1) drama (4) ego (1) eid (1) family (2) fashion (1) food (2) freebies (1) friends (2) GA (4) games (1) holiday (7) info (25) insurans (3) island (5) job vacancy (1) kawad (1) kelemumur (1) kereta (2) kerja (2) kfc (1) kids (1) korean (1) kpop (1) langkawi (3) lesson (1) love (6) makanfree (1) memories (7) mh370 (2) mood (3) mydreams (1) myself (11) news (1) officemate (3) OMG (6) PLKN (1) preview (12) promotion (1) rawang (1) recipe (1) segmen (1) sinopsis (2) sketch (1) smartphone (1) storysharing (1) sweet (2) takaful (3) tips (4) top10 (1) wanita (2) wedding (4) wordless (5) youtube (3)