Tips Memperbaharui Insurans Kenderaan

Hello! hari ni ada mood nak share some tips untuk renew insurans+roadtax kenderaan anda. 
Sekarang kan banyak ejen-ejen insurans mahupun takaful yang menawarkan perkhidmatan ni kan (termasuk saya ^ ^), tinggal pilih je yg berdekatan. Tapi adalah seeloknya, kita tahu serba sedikit berkenaan insurans kenderaan kita supaya nanti tidaklah senang2 je kena tipu, kena bayar mahal.
Adalah baiknya, anda meneliti dokumen kenderaan anda : dalam covernote/polisi insurans, terdapat beberapa maklumat berkenaan kenderaan seperti No Pendaftaran Kenderaan , Model Kenderaan, No Enjin, No Chasis, Tahun Kenderaan, Cubic Capacity (CC) Enjin, Log Book No, Agreed Value/Estimated Value, Gross Contribution, No Claim Discount (NCD), Named Driver, Windscreen, Excess n macam2 lagi lah....ape kebende semua tu? ok sila baca ni

  1. Period Of Takaful - tempoh kenderaan anda dilindungi. biasanya setahun, dan ia kena sama dengan tempoh dilindungi pada cukai jalan (roadtax). tapi ada sesetengah orang nak buat 6 bulan je.
  2. Engine No - enjin no tu apa? enjin no la! nombor enjin kenderaan yang boleh didapati dalam geran anda
  3. Chassis No - no siri kenderaan
  4. Cubic Capacity (CC) - cc enjin anda, lagi tinggi, lagi laju
  5. Tahun Kenderaan - tahun kenderaan dikeluarkan (sesetengah insurans tak menerima kenderaan yang berusia lebih 15 tahun ya)
  6. Log Book No - no siri geran kenderaan anda
  7. Authorised Driver/ Named Driver - nama pemandu pertama dan seterusnya (tambahan seorang nama pemandu adalah tidak dicaj/percuma tetapi untuk pemandu seterusnya dicaj RM10 setiap seorang). Ini penting, kerana kalau berlaku accident, nama pemandu semasa accident tu tiada dalam polisi, masakkkk beb... masakkk
  8. Vehicle Estimated Value/Agreed Value - yang ni harga kenderaan anda mengikut market atau harga yang telah dipersetujui. Jika breakdown/accident amount ni lah yang akan digunapakai bagi pampasan tersebut
  9. No Claim Discount (NCD) - diskaun yang diberi jika tidak buat tuntutan. tapi kalau ada buat claim, diskaun ni akan menjadi 0.00%, yakni mahal la kena bayar. ini turutan NCD nya :-


    UNTUK KERETA

    TAHUN PERTAMA - 25% dari amount gross
    TAHUN KEDUA - 30%
    TAHUN KETIGA - 38.33%
    TAHUN KEEMPAT - 45%
    TAHUN KELIMA DAN SETERUSNYA - 55%


    UNTUK MOTOSIKAL

    TAHUN PERTAMA - 15%
    TAHUN KEDUA - 20%
    TAHUN KETIGA DAN SETERUSNYA - 25% 
     
  10. Loading - amount tambahan akan dikenakan. sebagai contoh, cc kenderaan besar, kenderaan lama, driver experience under 5 tahun tetapi ia tidak dikenakan bagi renewal case (kalau anda renew dengan syarikat yg sama)
    Komprehensif/Third Party - komprehensif cover kedua-dua pihak; untuk anda dan pihak ketiga yang terlibat dlm kemalangan manakala third party cover satu pihak sahaja iaitu pihak ketiga tersebut

    Selain benda-benda basic di atas, anda juga boleh memilih manfaat tambahan seperti yang paling popular adalah WINDSCREEN - perlindungan cermin pecah. amount yang dilindungi adalah mengikut jenis kenderaan. sbg cth Viva, RM400-500 perlindungan dan bayaran adalah dari RM60-75. sekiranya anda claim untuk manfaat ni, jumlah NCD anda adalah tidak effect sama sekali kerana manfaat ini adalah manfaat tambahan ya. cara kira berapa anda kena bayar untuk perlindungan yang anda nak adalah:-

    Amount perlindungan windscreen x 15%
    cth : RM100 x 15% = jumlah tambahahan kena bayar dalam polisi adalah RM15.00

    Roadtax boleh dibuat di Pejabat Pos/ Pejabat JPJ berdekatan tetapi hanya jika anda mempunyai GERAN ORIGINAL, jika tiada (geran masih di bank/hutang belum habis bayar leteww) anda boleh renew di MYEG SERVICES BERHAD dengan create ID dan bayar melalui online banking.

    Untuk info lebih lanjut, rujuk di INSURANCE INFO 

0 comments:

 

GOOGLE+

FOLLOWERS

Category

announcement (1) beach (2) beforeafter (1) birthday (2) blogger (3) bored (1) boyfie (3) cakapje (2) celebrity (1) chidish (1) childhood (1) clothing (1) company trip (5) curious (1) disgusting (1) drama (4) ego (1) eid (1) family (2) fashion (1) food (2) freebies (1) friends (2) GA (4) games (1) holiday (7) info (25) insurans (3) island (5) job vacancy (1) kawad (1) kelemumur (1) kereta (2) kerja (2) kfc (1) kids (1) korean (1) kpop (1) langkawi (3) lesson (1) love (6) makanfree (1) memories (7) mh370 (2) mood (3) mydreams (1) myself (11) news (1) officemate (3) OMG (6) PLKN (1) preview (12) promotion (1) rawang (1) recipe (1) segmen (1) sinopsis (2) sketch (1) smartphone (1) storysharing (1) sweet (2) takaful (3) tips (4) top10 (1) wanita (2) wedding (4) wordless (5) youtube (3)